
Saturday, November 21, 2009
Makaroni Bakar Yang Cute!

Resepi makaroni bakar tapi dibakar dalam muffin tin....


Gambar atas makaroni yang dah siap dimekap.... yang kat bawah baru keluar dari muffin tin.... ntah apa masalah blog ni... tak boleh nak arrange gambar pulak.... geram betul ! apa pun, makaroni yang di bakar macam ni senang untuk dijamu pada open house sebab tak payah potong... sorang ambil seketul dan terus ngap! kalau sedap, ambik lagi.....
Tuesday, November 17, 2009
Cream Puff
Rosemary & Onion Bread
Sunday, November 15, 2009
Hadiah Ulangtahun Perkahwinan
Selamat Hari Guru


Banana Bread

Sagu Gula Melaka

Pulut Serikaya (Tok Aji Serban)
Saturday, May 9, 2009
Treasures From Sabah
Buah tangan dari Abah dan Mama yang berkunjung ke Negeri Di Bawah Bayu akhir April lepas. Memang sangat besar dan semontok tangan my hubby yang dipinjamkan untuk jadi model pegang udang tu. Yang spesies besar ni harga RM60 /kg. Memang murah berbanding harga kat sini. Udangnya pun segar dan ditangkap terus dari laut lepas Sabah nun. Thursday, May 7, 2009
Baking Class
Isi dalam butter cake, hias dengan buttercream (frankly speaking, i still prefer my own version of buttercream), belajar sapu cantik salutan kek, buat roses guna wafer cone, basic ruffles for borders and yang paling penting cara guna cake comb. Dah bertahun beli, lepas pi kelas ni baru la tau cara yang betul nak gunakannya.


Isi dalam ni Choc Moist Cake. Antara ilmu yang dapat ialah how to make ganache ( i really love this version, rasa berbaloi sgt pi kelas ni), teknik sapuan dan cara guna cake comb untuk buat corak yang cantik.
Hujung minggu lepas sempat pergi Sungai Buloh, attend kelas Aneka Talam oleh Chef Fauziah. Memang berbaloi coz chef tu tak lokek ilmu dan rajin melayan pelajarnya. Memang sampai berpinar mata belajar kuih talam ni antaranya Talam Keladi, Talam Suji, Talam Cendol, Talam Ubi Kayu, Pulut Seri Muka dan resepi Talam Kacang Hijau, Pandan... memang tak larat nak tulis dah.... hasilnya boleh dibawa balik. Sekarang tengah cari masa dan ketika yang sesuai nak buat latihan amali. Ye lah, kena jugak pelbagaikan skill, asyik kek je, nanti takut jemu.

Brownies Fair
Choc Fudge Brownies with ganache topping. Dibuat khas sebagai buah tangan nak bertandang ke rumah sepupu tapi bukan rezeki dia sebab plan tak jadi, akibatnya separuh bagi babysitter, a portion simpan kat adik yang datang weekend dan sebahagian lagi dimakan sendiri. It's a true melt-in-your-mouth sensation!Dessert Pisang

Mango Lassi

resepi ambil dari tin susu cair Ideal, memang sedap. Susu cair 400ml campur 1 biji jus limau nipis (biar jadi macam yogurt) dikisar bersama 1 biji mangga ranum, gula sesedap rasa,dash of salt and ice cubes.... atas permintaan adik bongsu yang teringin nak menikmati semula minuman ni, terpaksa dicari gali semula resepi ni dalam kitab.
Projek Kek Birthday

Asalnya sebiji kek carrot walnut lebih kurang 1.5 kg...

Buttercream dah siap dan bahan/alatan pun disusun rapi atas meja.... on your mark, get set, go.....
Ni lah hasilnya.... tempahan dari kawan untuk birthday anak sulung, nak tema princess dan kaler tak nak yang 'darat'.... jenuh surf the net nak cari idea.... harap customer berpuas hati... sebarang komen atau cadangan, sila usulkan untuk penambahbaikan....My Station
Satu bahagian di sudut kabinet dapur untuk letak semua barang-barang bakeri. Ni kira macam stor simpanan.
Mixer Kenwood 2 generasi, the new one is mine (setelah jenuh memujuk hubby untuk beli sebab dah ada mixer tangan sebelum ni dan masih digunakan till now)... yang lama tu dipinjam dari ibu mertuaku( lebih heavy duty and more to bread kneading). Yang pink tu my still new turn table untuk lebih memudahkan kerja deco.My Tool Box
Tuesday, April 21, 2009
Kelas Cupcake
Hiasan guna fondant dan royal icing flower, bunga yang nampak cantik tu cikgu yang tolong buat... tangan memang sangat keras masa tu... ni memang sesuai untuk hantaran, tapi kalau ikutkan hati, rasanya masih belum terbuka lagi nak teruskan projek dengan fondant ni... saja belajar untuk tambah ilmu.Kek Suji
Kek Suji Dengan Sirap Lemon : Kek ni special dari cara proses membuatnya, agak remeh... tu yang tak pernah buat dah... mungkin sebab tak dapat permintaan kot... tepung suji kena rendam dengan susu sampai kembang... bila kek tengah dok dalam oven, kena prepare sirap lemon pulak. Bila kek dah siap bakar, masa tengah-tengah panas tu dan masih dalam acuan dia, kena tuang sirap lemon atas kek dan biarkan macam tu sampai sejam. lepas tu kena sejukkkan dalam peti ais sejam lagi, baru boleh hidang... phuhhh... nak tulis ni pun dah penat, apatah lagi nak membuatnya.... tapi rasanya memang best, kombinasi rasa lemak,manis dan masam yang seimbang...Savoury Project
Bread Talks 3

Flower Sausage : baru belajar teknik ni jadi bentuk tak standard lagi, nampak macam kurang mayonis dan sos... kena tambah lagi supaya nampak lagi menyelerakan...
Projek Besar

Strawberry Layer Cake : Pure butter cake sandwiched with strawberry jam and sprinkled with descicated coconut... perfect combination ! tak ingat dah berapa reganya ni... projek lama.
Lagi-lagi Roti....
Roti Pintal Sosej... nampak togel je sebab tak sempat nak buat egg wash dan tabur bijan.... macam kurang sikit serinya... tapi rasa tetap maintain... ada peminat sendiri yang kekadang tempah nak panas, panas..... balik kerja, terus sinsing lengan baju, menguli roti dengan bantuan Kenwood ku....
Tuna Bun, sempat tabur black pepper seludup keluar dari M*Do***d.... patutnya sapu la butter cari lepas keluar dari oven, baru nampak licin berkilat macam muka A*ni** Sa**w*k ... tapi biasa la, kemalasan melanda....
Ni rupa roti yang tengah mengeram..... baru nak naik dengan yis tu sedang bekerja bertungkus lumus membebaskan gas karbon dioksida.....























