Tuesday, April 21, 2009

Kelas Cupcake

Gambar koleksi lama... hasil dari kelas hias cupcake yang bayarannya kira mahal tapi sangat berbaloi... tu yang jadi punca boleh confident buat deco cupcake pelbagai tu...



Hiasan guna fondant dan royal icing flower, bunga yang nampak cantik tu cikgu yang tolong buat... tangan memang sangat keras masa tu... ni memang sesuai untuk hantaran, tapi kalau ikutkan hati, rasanya masih belum terbuka lagi nak teruskan projek dengan fondant ni... saja belajar untuk tambah ilmu.





Hiasan guna buttercream, ganache,choc shave dan piping gel... ni memang my favourite stuff to play around... hasil dari kelas ni boleh bawak balik dan makan kat rumah, tu yang paling best !

Kek Suji

Kek Suji Dengan Sirap Lemon : Kek ni special dari cara proses membuatnya, agak remeh... tu yang tak pernah buat dah... mungkin sebab tak dapat permintaan kot... tepung suji kena rendam dengan susu sampai kembang... bila kek tengah dok dalam oven, kena prepare sirap lemon pulak. Bila kek dah siap bakar, masa tengah-tengah panas tu dan masih dalam acuan dia, kena tuang sirap lemon atas kek dan biarkan macam tu sampai sejam. lepas tu kena sejukkkan dalam peti ais sejam lagi, baru boleh hidang... phuhhh... nak tulis ni pun dah penat, apatah lagi nak membuatnya.... tapi rasanya memang best, kombinasi rasa lemak,manis dan masam yang seimbang...

Savoury Project

Satu-satunya projek yang tak manis dalam blog ni, setakat ni.... Makaroni Bakar, tabur dengan cheese, letak hirisan tomato dan sprinkled with chopped parsley.... next projek yang kategori ni, tungguuuuu ...!

Bread Talks 3

Mexico Bun : Sweet dough bun with butter raisin filling and topped with cream, patutnya campur kopi tapi tak bole consume kopi coz ada migrain, so buat plain jer.... anyway, rasa tetap maintain.....



Flower Sausage : baru belajar teknik ni jadi bentuk tak standard lagi, nampak macam kurang mayonis dan sos... kena tambah lagi supaya nampak lagi menyelerakan...

Inside my oven : Roti tengah dibakar dalam ketuhar.... mak ooii, bau dia seluruh rumah tak leh nak cakap ! tak payah pakai Ambi Pur...

Tuna Bun : Panas, panas baru keluar oven!




Tuna Bun : tengah beratur nak masuk oven.





Projek Besar

Choc Cake Moist with choc frosting.... alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai 6 biji kek sekali ambil order ! macam benega pasar malam lak ! tapi resepi ni memang ekslusif and done with tender loving care .... as for my other baking project...



Strawberry Layer Cake : Pure butter cake sandwiched with strawberry jam and sprinkled with descicated coconut... perfect combination ! tak ingat dah berapa reganya ni... projek lama.


Lagi-lagi Roti....

Roti Pintal Sosej... nampak togel je sebab tak sempat nak buat egg wash dan tabur bijan.... macam kurang sikit serinya... tapi rasa tetap maintain... ada peminat sendiri yang kekadang tempah nak panas, panas..... balik kerja, terus sinsing lengan baju, menguli roti dengan bantuan Kenwood ku....





Tuna Bun, sempat tabur black pepper seludup keluar dari M*Do***d.... patutnya sapu la butter cari lepas keluar dari oven, baru nampak licin berkilat macam muka A*ni** Sa**w*k ... tapi biasa la, kemalasan melanda....


Ni rupa roti yang tengah mengeram..... baru nak naik dengan yis tu sedang bekerja bertungkus lumus membebaskan gas karbon dioksida.....



Salah satu pattern yang digemari untuk Bun Redbean.... rupanya senang je nak buat, yang penting kena tahu taktik dan teknik.... kalau tabur bijan lagi menyelerakan ni.....




Roti redbean yang menunggu giliran untuk masuk oven... yang macam karipap besar tu inti kaya... dah habis idea nak buat pesen apa... so, karipap giant la jadiknya !




Bread talks...


Percubaan nak buat Roti Benggali... rupa luaran macam dah jadi tapi teksturnya agak padat dan kurang gebu... hmm... apa yang tak kena ni?! rasanya dah ikut resepi hampir tepat... kena banyak lagi buat eksperimen ni....















Balance doh roti bai tu buat la pulak roti paun... cicah milo memang sedap !

Deco Cuppies

Tempahan dari pelajar UPM, sanggup datang dari jauh.... dapat special discount nih!
Marble vanilla and strawberry cuppies with buttercream frosting, little piping gel for highlight and complimentary sugar flower.... harga RM 40.





Tempahan dari adik tersayang untuk sambutan birthday kawan kat kolej... jenuh melayan demand nak design itu dan ini... apa yang penting tolong kemas dapur lepas habis semua kerja deco ni... :)


Tempahan dari rakan setugas untuk makan suka-suka... nak icing keras katanya... puas cari resepi akhirnya guna resepi butter icing... just simple swirl with choc rice sprinkle... again, guna marble vanilla and strawberry cuppies...harga RM 20.


Ni saja bawa masa meeting... butter icing jugak. Kalau letak esen ros lagi umpphh rasanya... next time boleh cuba....



Monday, April 20, 2009

Brownies


Fudge Brownies With Vanilla Ice Cream Topping.... dribbles with Hershey's choc syrup and sprinkle with choc rice... dah cuba pelbagai versi brownies tapi yang ni paling best sebab tak kering sangat dan rasa choc yang sungguh overwhelming.... it really melts in your mouth !

Birthday Haziq

Homemade birthday cake for my beloved eldest son, the 7th year old Haziq Bin Lokman....
My first attempt of birthday cake, as usual buttercream with edible picture of his favourite cartoon, Ben10. Tak tergambar rasa puas hati bila dah siap... and he really loved it !




Majlis simple je, just ajak babysitter and family... tak sempat nak buat besar-besaran.... apa-apa pun Ibu doakan Haziq jadi anak yang soleh, rajin, dengar kata orang tua, murah rezeki, panjang umur dan sihat sejahtera, Amin.....

Variasi cupcake




Ni saja nak test skill deco... plain vanilla cupcake with buttercream frosting... satu design sunflower dan satu lagi design mini blueberry cake... tempting ?!!














Subur tak rumput-rumput di taman ni? memang my favourite design yang versatile... next time nak buat design cartoon elmo using the same nozzle.

Carrot Cake with Cream Cheese Topping


Kek yang ditempah rakan setugas.... dapat resepi yang bagus... carrot cake yang moist, tambah berperisa dengan topping cream cheese yang masam-masam manis... deco simple jer....tabur choc rice dan choc smarties untuk memeriahkan suasana...

Kek Perasmian Jamuan Tahunan



Ianya bermula dengan Jamuan Tahunan kat taman perumahan ni berkonsep potluck... apa lagi yang boleh di bawa melainkan kek... jadi ini lah hasilnya... kek pertama yang dihasilkan guna turn table yang baru dibeli kat Bake With Yen, Shah Alam. As usual my favourite design, grass buttercream and wording with piping gel. Konon nak buat cornellis kat side of the cake tp tak berapa jadi.... kena polish up skill lagi nih !

Kek Hantaran

Kek yang ditempah oleh Puan S untuk hantaran pertunangan anak lelakinya. Ini adalah kek hantaran pertama yang dihasilkan dan rasa bangga juga kerana mendapat kepercayaan ini.... tema ikut suka hati jadi senang la nak buat.




Cupcake ini guna buttercream, hias dengan swirl topped with sugar flower and highlight with silver beads.... memang menyerlah !


Kek vanilla with strawberry jam layer and buttercream frosting. Sebab masih tak pandai nak buat sendiri bunga, jadi kena lah beli readymade sugar flower. Nak bagi nampak menyerlah, letak piping gel yang merah dot dot tu.... hmm... banyak lagi boleh diperbaiki teknik dan skill ni...