Saturday, May 9, 2009

Treasures From Sabah

Buah tangan dari Abah dan Mama yang berkunjung ke Negeri Di Bawah Bayu akhir April lepas. Memang sangat besar dan semontok tangan my hubby yang dipinjamkan untuk jadi model pegang udang tu. Yang spesies besar ni harga RM60 /kg. Memang murah berbanding harga kat sini. Udangnya pun segar dan ditangkap terus dari laut lepas Sabah nun.
Kerutup Udang.
Dah lama plan nak masak stail gini, Alhamdulillah makbul juga cita-cita. Resepi istimewa bonda tercinta dan rempah didatangkan khas dari Kampung Langgar, Kelantan. Memang Mama yang masak pun, saya ni tolong sikit2 je... maklumla anak sulung dia ni kalau bab lauk pauk ni, tak berapa mendapat pengiktirafan lagi... tau buat kuih, kek je.....
Gambar tudung saji tu untuk menambahkan lagi ciri klasik pada juadah ini.

Thursday, May 7, 2009

Baking Class

Alhamdulillah, dapat kesempatan join kelas baking hujung minggu. Kebetulan hubby tak kerja dan bagi green light, apa lagi...... Kelas kek hanya dalam taman perumahan ni je, memang ajar cara deco saja, kek dan buttercream semua dah siap. Senang jugak sebab bawak badan saja, apron pun disediakan. Yang paling best boleh bawak balik 2 kek yang dah siap di deco.

Isi dalam butter cake, hias dengan buttercream (frankly speaking, i still prefer my own version of buttercream), belajar sapu cantik salutan kek, buat roses guna wafer cone, basic ruffles for borders and yang paling penting cara guna cake comb. Dah bertahun beli, lepas pi kelas ni baru la tau cara yang betul nak gunakannya.

Isi dalam ni Choc Moist Cake. Antara ilmu yang dapat ialah how to make ganache ( i really love this version, rasa berbaloi sgt pi kelas ni), teknik sapuan dan cara guna cake comb untuk buat corak yang cantik.

Hujung minggu lepas sempat pergi Sungai Buloh, attend kelas Aneka Talam oleh Chef Fauziah. Memang berbaloi coz chef tu tak lokek ilmu dan rajin melayan pelajarnya. Memang sampai berpinar mata belajar kuih talam ni antaranya Talam Keladi, Talam Suji, Talam Cendol, Talam Ubi Kayu, Pulut Seri Muka dan resepi Talam Kacang Hijau, Pandan... memang tak larat nak tulis dah.... hasilnya boleh dibawa balik. Sekarang tengah cari masa dan ketika yang sesuai nak buat latihan amali. Ye lah, kena jugak pelbagaikan skill, asyik kek je, nanti takut jemu.

Brownies Fair

Resepi brownies memang berlambak dalam koleksi tapi ntah naper tak terasa nak mencubanya sampai la ke hari ini. Brownies memang sangat senang nak buat, tak perlu guna mixer, just handwhisk. Hasilnya agak padat, in between cake and cookies in texture.



Choc Fudge Brownies with ganache topping. Dibuat khas sebagai buah tangan nak bertandang ke rumah sepupu tapi bukan rezeki dia sebab plan tak jadi, akibatnya separuh bagi babysitter, a portion simpan kat adik yang datang weekend dan sebahagian lagi dimakan sendiri. It's a true melt-in-your-mouth sensation!





Marble Cheese Brownies. Tak de rupa marble coz tersalah budget asingkan choc batter tu, terlebih pulak dan nak di buang sayang, jadi letaklah suma tu atas cheese topping tu.

Dessert Pisang


Masih bertemakan Timur Tengah, resepi Pisang Ala Arab ni diambil dari label susu cair Ideal... kebetulan jiran sedekahkan setandan pisang kapas yang masak serentak, dalam kepala ni mulalah pikir nak buat pelbagai... (next entry ada Banana Bread, tunggu.....) Pisang yang dah masak dibelah dua, digoreng dengan minyak sapi dalam non-stick pan. Bila dah keperangan, diangkat dan disusun dalam pinggan. Tuang susu cair dan madu, simple je...!

Mango Lassi


Dah lama tak buat minuman ni... ala arab...

resepi ambil dari tin susu cair Ideal, memang sedap. Susu cair 400ml campur 1 biji jus limau nipis (biar jadi macam yogurt) dikisar bersama 1 biji mangga ranum, gula sesedap rasa,dash of salt and ice cubes.... atas permintaan adik bongsu yang teringin nak menikmati semula minuman ni, terpaksa dicari gali semula resepi ni dalam kitab.

Projek Kek Birthday


Asalnya sebiji kek carrot walnut lebih kurang 1.5 kg...




Buttercream dah siap dan bahan/alatan pun disusun rapi atas meja.... on your mark, get set, go.....



Ni lah hasilnya.... tempahan dari kawan untuk birthday anak sulung, nak tema princess dan kaler tak nak yang 'darat'.... jenuh surf the net nak cari idea.... harap customer berpuas hati... sebarang komen atau cadangan, sila usulkan untuk penambahbaikan....




Guna edible image, wording guna ganache, letak silver beads untuk highlight, kemasan atas kek guna scrapper.








My Station

Satu bahagian di sudut kabinet dapur untuk letak semua barang-barang bakeri. Ni kira macam stor simpanan.




Koleksi baking pans, dibeli sikit-sikit bermacam saiz, bentuk, jenis springform....


Mixer Kenwood 2 generasi, the new one is mine (setelah jenuh memujuk hubby untuk beli sebab dah ada mixer tangan sebelum ni dan masih digunakan till now)... yang lama tu dipinjam dari ibu mertuaku( lebih heavy duty and more to bread kneading). Yang pink tu my still new turn table untuk lebih memudahkan kerja deco.



My collection of non-stick baking pans... mostly used is the round one (? bundt pan) and the still waiting to be used is the bear pan... ntah bila la nak guna tu...the rectangular ones are for bread.



My Tool Box



This is my collection of tools used in cake decoration. Nozzles ( mostly the basic one but still upgrading), couplers ( very helpful), spatula ( this one used for cuppies) and piping bags.... very convenient for me...neat and organised.