Saturday, November 21, 2009

Cupcake Hantaran Tunang




Tempahan oleh seorang rakan sekerja untuk majlis pertunangan sedaranya.... nak dalam bekas yang siap berhias dan tema pink and yellow rose... Vanilla cuppies with butter icing.


Makaroni Bakar Yang Cute!


Resepi makaroni bakar tapi dibakar dalam muffin tin....



Gambar atas makaroni yang dah siap dimekap.... yang kat bawah baru keluar dari muffin tin.... ntah apa masalah blog ni... tak boleh nak arrange gambar pulak.... geram betul ! apa pun, makaroni yang di bakar macam ni senang untuk dijamu pada open house sebab tak payah potong... sorang ambil seketul dan terus ngap! kalau sedap, ambik lagi.....




Tuesday, November 17, 2009

Cream Puff



Hidangan untuk tetamu masa musim raya... with custard cream filling.... tabur dengan snow powder.

Buat 2 adunan... banyak pulak dapat ! Ni baru keluar dari oven, dalam proses penyejukan sebelum letak filling.

Rosemary & Onion Bread




Sejak ada BM ni, memang bersemangat buat roti....kena cuba berbagai function.... yang ni resepi dari internet, banyak guna olive oil... guna setting dough dan kena uli asing... bawang guna yang jenis kuning besar... roti ni enak dimakan begitu saja... atau cicah kari ke, sambal ke.....








Dapat dua adunan dan dibiarkan naik sebelum ditabur topping. Lepas tu, letak egg wash dan bakar.

Sunday, November 15, 2009

Hadiah Ulangtahun Perkahwinan



Alhamdulillah, tertunai jugak hajat nak memiliki Breadmaker... as my anniversary gift pulak tu.... keluar anak beranak suma pergi beli kat Harvey Norman.... jenama Kenwood... malam tu jugak menelaah manual book.
Percubaan yang pertama, nampak ok tapi rotinya tak berapa lembut.... kena cari resepi yang lebih baik. Tapi apa pun, memang senang... campak suma bahan, tekan on.... tunggu...... terus keluar roti!

Selamat Hari Guru




Haziq nak bagi hadiah sempena Hari Guru tahun ni... macam-macam yang dia fikirkan.... nak bagi bunga la, key chain la..... tapi bila pikir balik, cikgu pun mesti dah banyak dapat hadiah yang macam tu.... Ibu pun pikirlah something special yang Ibu boleh buat... apa lagi, cupcake la....Marble Vanilla with Strawberry Cupcake....siap dengan packing riben lagi.... labelnya tulis tangan satu persatu,lekat dengan double sided tape.... memang Ibu tidur lambat malam tu... yang penting, Haziq happy!

Banana Bread


Resepi yang dipelajari dari Pusat Giat Wanita, Saujana Utama. Sangat senang, semua bahan main campak-campak je dalam mangkuk, pas tu bakar.... walaupun namanya Roti Pisang tapi rasanya macam kek cuma tak gebu sangat dan tidak muak. Nak lagi sedap, boleh letak kismis, kurma,choc chip atau apa-apa jenis kekacang eg almond,pecan atau walnut.

Sagu Gula Melaka


Satu hidangan yang nampak mudah tapi agak leceh nak menyediakannya.... ye lah.... kena masak sagu dulu, air kena betul sukatan takut terlembik atau sagu tak masak langsung.... pas tu kena masak air gula melaka, campur gula pasir skit... susu cair tu buka tin je lah.... nak lagi kreatif, sagu tu diwarnakan macam-macam.... tuang dalam acuan dilapiskan warnanya.... memang menarik untuk satu hidangan yang biasa.

Pulut Serikaya (Tok Aji Serban)

Pulut Serikaya, satu hidangan tradisi.... yang paling best ialah hasil tangan arwah tok tercinta... air tangannya mengalir kepada mama yang dikasihi.... dan kini harapnya dapatlah juga kat aku.... masa kecil dulu, makan yang bahagian atas sahaja, pulutnya diketepikan..... sebab tu nak lagi sedap biar letak telur banyak-banyak, bagi kepala dia tebal... tapi kolesterolnya tanggung la sendiri......

Hasilnya lepas dipotong... petua memotong kena guna pisau plastik, baru cantik dan tak melekat... ni baru percubaan pertama... masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan.... apapun, rasanya memang best!

Saturday, May 9, 2009

Treasures From Sabah

Buah tangan dari Abah dan Mama yang berkunjung ke Negeri Di Bawah Bayu akhir April lepas. Memang sangat besar dan semontok tangan my hubby yang dipinjamkan untuk jadi model pegang udang tu. Yang spesies besar ni harga RM60 /kg. Memang murah berbanding harga kat sini. Udangnya pun segar dan ditangkap terus dari laut lepas Sabah nun.
Kerutup Udang.
Dah lama plan nak masak stail gini, Alhamdulillah makbul juga cita-cita. Resepi istimewa bonda tercinta dan rempah didatangkan khas dari Kampung Langgar, Kelantan. Memang Mama yang masak pun, saya ni tolong sikit2 je... maklumla anak sulung dia ni kalau bab lauk pauk ni, tak berapa mendapat pengiktirafan lagi... tau buat kuih, kek je.....
Gambar tudung saji tu untuk menambahkan lagi ciri klasik pada juadah ini.

Thursday, May 7, 2009

Baking Class

Alhamdulillah, dapat kesempatan join kelas baking hujung minggu. Kebetulan hubby tak kerja dan bagi green light, apa lagi...... Kelas kek hanya dalam taman perumahan ni je, memang ajar cara deco saja, kek dan buttercream semua dah siap. Senang jugak sebab bawak badan saja, apron pun disediakan. Yang paling best boleh bawak balik 2 kek yang dah siap di deco.

Isi dalam butter cake, hias dengan buttercream (frankly speaking, i still prefer my own version of buttercream), belajar sapu cantik salutan kek, buat roses guna wafer cone, basic ruffles for borders and yang paling penting cara guna cake comb. Dah bertahun beli, lepas pi kelas ni baru la tau cara yang betul nak gunakannya.

Isi dalam ni Choc Moist Cake. Antara ilmu yang dapat ialah how to make ganache ( i really love this version, rasa berbaloi sgt pi kelas ni), teknik sapuan dan cara guna cake comb untuk buat corak yang cantik.

Hujung minggu lepas sempat pergi Sungai Buloh, attend kelas Aneka Talam oleh Chef Fauziah. Memang berbaloi coz chef tu tak lokek ilmu dan rajin melayan pelajarnya. Memang sampai berpinar mata belajar kuih talam ni antaranya Talam Keladi, Talam Suji, Talam Cendol, Talam Ubi Kayu, Pulut Seri Muka dan resepi Talam Kacang Hijau, Pandan... memang tak larat nak tulis dah.... hasilnya boleh dibawa balik. Sekarang tengah cari masa dan ketika yang sesuai nak buat latihan amali. Ye lah, kena jugak pelbagaikan skill, asyik kek je, nanti takut jemu.

Brownies Fair

Resepi brownies memang berlambak dalam koleksi tapi ntah naper tak terasa nak mencubanya sampai la ke hari ini. Brownies memang sangat senang nak buat, tak perlu guna mixer, just handwhisk. Hasilnya agak padat, in between cake and cookies in texture.



Choc Fudge Brownies with ganache topping. Dibuat khas sebagai buah tangan nak bertandang ke rumah sepupu tapi bukan rezeki dia sebab plan tak jadi, akibatnya separuh bagi babysitter, a portion simpan kat adik yang datang weekend dan sebahagian lagi dimakan sendiri. It's a true melt-in-your-mouth sensation!





Marble Cheese Brownies. Tak de rupa marble coz tersalah budget asingkan choc batter tu, terlebih pulak dan nak di buang sayang, jadi letaklah suma tu atas cheese topping tu.

Dessert Pisang


Masih bertemakan Timur Tengah, resepi Pisang Ala Arab ni diambil dari label susu cair Ideal... kebetulan jiran sedekahkan setandan pisang kapas yang masak serentak, dalam kepala ni mulalah pikir nak buat pelbagai... (next entry ada Banana Bread, tunggu.....) Pisang yang dah masak dibelah dua, digoreng dengan minyak sapi dalam non-stick pan. Bila dah keperangan, diangkat dan disusun dalam pinggan. Tuang susu cair dan madu, simple je...!

Mango Lassi


Dah lama tak buat minuman ni... ala arab...

resepi ambil dari tin susu cair Ideal, memang sedap. Susu cair 400ml campur 1 biji jus limau nipis (biar jadi macam yogurt) dikisar bersama 1 biji mangga ranum, gula sesedap rasa,dash of salt and ice cubes.... atas permintaan adik bongsu yang teringin nak menikmati semula minuman ni, terpaksa dicari gali semula resepi ni dalam kitab.

Projek Kek Birthday


Asalnya sebiji kek carrot walnut lebih kurang 1.5 kg...




Buttercream dah siap dan bahan/alatan pun disusun rapi atas meja.... on your mark, get set, go.....



Ni lah hasilnya.... tempahan dari kawan untuk birthday anak sulung, nak tema princess dan kaler tak nak yang 'darat'.... jenuh surf the net nak cari idea.... harap customer berpuas hati... sebarang komen atau cadangan, sila usulkan untuk penambahbaikan....




Guna edible image, wording guna ganache, letak silver beads untuk highlight, kemasan atas kek guna scrapper.








My Station

Satu bahagian di sudut kabinet dapur untuk letak semua barang-barang bakeri. Ni kira macam stor simpanan.




Koleksi baking pans, dibeli sikit-sikit bermacam saiz, bentuk, jenis springform....


Mixer Kenwood 2 generasi, the new one is mine (setelah jenuh memujuk hubby untuk beli sebab dah ada mixer tangan sebelum ni dan masih digunakan till now)... yang lama tu dipinjam dari ibu mertuaku( lebih heavy duty and more to bread kneading). Yang pink tu my still new turn table untuk lebih memudahkan kerja deco.



My collection of non-stick baking pans... mostly used is the round one (? bundt pan) and the still waiting to be used is the bear pan... ntah bila la nak guna tu...the rectangular ones are for bread.



My Tool Box



This is my collection of tools used in cake decoration. Nozzles ( mostly the basic one but still upgrading), couplers ( very helpful), spatula ( this one used for cuppies) and piping bags.... very convenient for me...neat and organised.

Tuesday, April 21, 2009

Kelas Cupcake

Gambar koleksi lama... hasil dari kelas hias cupcake yang bayarannya kira mahal tapi sangat berbaloi... tu yang jadi punca boleh confident buat deco cupcake pelbagai tu...



Hiasan guna fondant dan royal icing flower, bunga yang nampak cantik tu cikgu yang tolong buat... tangan memang sangat keras masa tu... ni memang sesuai untuk hantaran, tapi kalau ikutkan hati, rasanya masih belum terbuka lagi nak teruskan projek dengan fondant ni... saja belajar untuk tambah ilmu.





Hiasan guna buttercream, ganache,choc shave dan piping gel... ni memang my favourite stuff to play around... hasil dari kelas ni boleh bawak balik dan makan kat rumah, tu yang paling best !

Kek Suji

Kek Suji Dengan Sirap Lemon : Kek ni special dari cara proses membuatnya, agak remeh... tu yang tak pernah buat dah... mungkin sebab tak dapat permintaan kot... tepung suji kena rendam dengan susu sampai kembang... bila kek tengah dok dalam oven, kena prepare sirap lemon pulak. Bila kek dah siap bakar, masa tengah-tengah panas tu dan masih dalam acuan dia, kena tuang sirap lemon atas kek dan biarkan macam tu sampai sejam. lepas tu kena sejukkkan dalam peti ais sejam lagi, baru boleh hidang... phuhhh... nak tulis ni pun dah penat, apatah lagi nak membuatnya.... tapi rasanya memang best, kombinasi rasa lemak,manis dan masam yang seimbang...

Savoury Project

Satu-satunya projek yang tak manis dalam blog ni, setakat ni.... Makaroni Bakar, tabur dengan cheese, letak hirisan tomato dan sprinkled with chopped parsley.... next projek yang kategori ni, tungguuuuu ...!

Bread Talks 3

Mexico Bun : Sweet dough bun with butter raisin filling and topped with cream, patutnya campur kopi tapi tak bole consume kopi coz ada migrain, so buat plain jer.... anyway, rasa tetap maintain.....



Flower Sausage : baru belajar teknik ni jadi bentuk tak standard lagi, nampak macam kurang mayonis dan sos... kena tambah lagi supaya nampak lagi menyelerakan...

Inside my oven : Roti tengah dibakar dalam ketuhar.... mak ooii, bau dia seluruh rumah tak leh nak cakap ! tak payah pakai Ambi Pur...

Tuna Bun : Panas, panas baru keluar oven!




Tuna Bun : tengah beratur nak masuk oven.





Projek Besar

Choc Cake Moist with choc frosting.... alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai 6 biji kek sekali ambil order ! macam benega pasar malam lak ! tapi resepi ni memang ekslusif and done with tender loving care .... as for my other baking project...



Strawberry Layer Cake : Pure butter cake sandwiched with strawberry jam and sprinkled with descicated coconut... perfect combination ! tak ingat dah berapa reganya ni... projek lama.


Lagi-lagi Roti....

Roti Pintal Sosej... nampak togel je sebab tak sempat nak buat egg wash dan tabur bijan.... macam kurang sikit serinya... tapi rasa tetap maintain... ada peminat sendiri yang kekadang tempah nak panas, panas..... balik kerja, terus sinsing lengan baju, menguli roti dengan bantuan Kenwood ku....





Tuna Bun, sempat tabur black pepper seludup keluar dari M*Do***d.... patutnya sapu la butter cari lepas keluar dari oven, baru nampak licin berkilat macam muka A*ni** Sa**w*k ... tapi biasa la, kemalasan melanda....


Ni rupa roti yang tengah mengeram..... baru nak naik dengan yis tu sedang bekerja bertungkus lumus membebaskan gas karbon dioksida.....



Salah satu pattern yang digemari untuk Bun Redbean.... rupanya senang je nak buat, yang penting kena tahu taktik dan teknik.... kalau tabur bijan lagi menyelerakan ni.....




Roti redbean yang menunggu giliran untuk masuk oven... yang macam karipap besar tu inti kaya... dah habis idea nak buat pesen apa... so, karipap giant la jadiknya !